Wn/ms/Gempa bumi 6.9 landa Papua New Guinea
Appearance
17 Julai 2020 (Jumaat)
Port Moresby - Sebuah gempa bumi bermagnitud 6.9 skala Ritcher melanda timur Papua New Guinea hari ini. Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu berlaku pada kedalaman 85 kilometer sekitar jam 12.50 tengah hari waktu tempatan.
Setakat ini, tiada laporan kecemasan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa di kawasan itu.
Amaran tsunami dikeluarkan untuk kawasan pesisir dalam jarak 300 kilometer (km).
Sumber
[edit | edit source]- (Melayu) "Gempa bumi 6.9 di Papua New Guinea" — Harian Metro, 17 Julai 2020
- (Melayu) "Gempa 6.9 magnitud landa Papua New Guinea" — Berita Harian, 17 Julai 2020