Jump to content

Wn/ms/Farming Simulator 22, permainan video percuma ditawarkan Epic Games

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Farming Simulator 22, permainan video percuma ditawarkan Epic Games

24 Mei 2024 (Jumaat)

Epic Games Store, sebuah kedai permainan video atas talian mengemaskini tawaran permainan video percuma dengan menawarkan permainan video yang berjudul Farming Simulator 22. Permainan video dari genre simulasi itu boleh dimuat turun pengguna sehingga 30 Mei. Sebelum itu, Epic Games menawarkan permainan video yang berjudul Dragon Age: Inquisition - Game of the Year Edition secara percuma yang tamat pada 23 Mei. Tawaran ini merupakan sebahagian daripada Jualan Mega Epic Games sehingga bulan hadapan.

Farming Simulator.
Imej: dalvenjah.

Walaupun begitu, Epic Games hanya menyertakan edisi asas sahaja bagi judul itu. Bagi edisi Platinum, ia ditawarkan dengan harga RM 127.00 (harga pada masa berita ini ditulis) dan edisi Premium pula dijual dengan harga RM 153.00. Pengguna perlu memiliki akaun Epic sebelum masuk ke kedai Epic Games Store dan melakukan transaksi atau muat turun.

"Siri ini merupakan salah satu daripada pencapaian hebat permainan video dalam bidang agrikultur. Daripada kerja-kerja yang melibatkan permintaan dan kompleks dalam menjalankan operasi ladang kepada keriangan dan kadang-kala bersantai dalam mengendalikan jentera. Sertai jutaan pemain lain yang telah berada di dalam kokpit traktor setiap hari untuk melakukan penggemburan tanah, mengumpulkan hasil tanaman dan mengharapkan hasil yang baik," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Epic Games di lamannya.

Untuk rekod, sejumlah 86 judul permainan video telah ditawarkan secara percuma tahun 2023 di kedai Epic Games Store. Menurut Epic Games, lebih kurang $586 juta diperuntukkan bagi kesemua judul yang telah dimuat turun pengguna secara percuma.

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog