Jump to content

Wn/ms/Evangeline Lilly bersara dari dunia lakonan, gembira dengan kehidupannya

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Evangeline Lilly bersara dari dunia lakonan, gembira dengan kehidupannya

5 Jun 2024 (Rabu)

Pelakon Hollywood, Evangeline Lilly mengumumkan dia akan bersara dari dunia lakonan untuk jangka masa yang tidak pasti menerusi hantaran di akaun Instagram yang memaparkan video tentang dirinya sekitar tahun 2006, menyentuh persoalan berkaitan gambaran situasinya sepuluh tahun akan datang.

Evangeline Lilly (2023)
Imej: Super Festivals.

"Sepuluh tahun akan datang, di mana saya akan berada? Saya agak risau untuk akuinya dalam dunia lakonan tapi idealnya 10 tahun dari sekarang saya gembira untuk bersara sebagai seorang pelakon dan memiliki keluarga sendiri," katanya menerusi video lama yang diterbitkan kembali. "Saya suka menulis dan pengaruhi kehidupan orang lain dalam cara kemanusiaan."

Kapsyen pada video tersebut berbunyi, "Saya berasa sangat gembira dan teruja hari ini kerana visi saya. Puji-pujian kepada Tuhan, saya sangat bersyukur atas nikmat yang diberikan. Melangkah keluar daripada pilihan yang kelihatan sangat jelas (kekayaan dan kemasyhuran) boleh menjadi ragu-ragu pada masa yang sama, namun Dharma (cara hidup) mengubah perasaan ragu-ragu itu kepada keterujaan."

"Saya mungkin akan kembali ke Hollywood suatu hari nanti, namun pada masa sekarang, di sini saya akan berada. Musim baru telah tiba, dan saya sudah bersedia...dan saya gembira," tambahnya lagi.

Dari kalangan warga Asia Tenggara umumnya dan Malaysia khususnya mengenali Evangeline Lily memegang watak sebagai Hope van Dyne atau The Wasp menerusi siri filem Ant-Man terbitan Marvel Studio. Menurut laman iMDB, filem Ant-Man: Quantumania (2023) merupakan filem terkini yang dilakonkannya.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog