Wn/ms/Enam kes baharu Covid-19 hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Enam kes baharu Covid-19 hari ini

9 Julai 2020 (Khamis)


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan bahawa hanya 6 kes Covid-19 baharu dicatatkan di Malaysia pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,683 kes. Kesemua daripada 6 kes tersebut merupakan kes import.

Sebanyak 13 kes sembuh telah dicatatkan pada hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh Covid-19 bagi Malaysia sebanyak 8,499 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini, maka jumlah kes kematian kekal 121 kes. Sebanyak 63 kes yang masih aktif dan 2 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya satu sahaja kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]