Wn/ms/DNS Cloudflare tergendala, sebahagian besar Internet terhenti

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > DNS Cloudflare tergendala, sebahagian besar Internet terhenti

18 Julai 2020 (Sabtu)


Beberapa laman media sosial dan servis tidak dapat diakses ekoran sistem nama domain (DNS) Cloudflare yang tergendala awal pagi tadi. Kejadian ini dilihat mula berlaku pada pukul 5:15 pagi (waktu Malaysia) dan berlaku lebih kurang selama 25 minit sebelum ia berahkir. Antara laman web dan permainan video yang terkesan ialah Discord, Fortnite, Google, Minecraft, Patreon, Spotify dan lain-lain.

Kejadian ini juga disedari pengguna Twitter ketika beberapa daripada pengguna tersebut mahu mengakses laman-laman web tersebut tetapi gagal. Menurut Ketua Pengarah Eksekutif CloudFlare, Matthew Prince, di Twitter, kejadian berlaku kerana sebuah penghala di Atlanta mengalami ralat yang menyebabkan gangguan di laluan.

Syarikat itu juga mengeluarkan kenyataan di e-mel memberitahu kejadian ini bukan disebabkan serangan siber ke atas sistem mereka.

Sistem nama domain atau DNS merupakan sistem yang menyimpan maklumat mengenai nama hos dan domain dalam rangkaian seperti di Internet. Peranan utamanya ialah memberikan alamat IP bagi setiap nama hos dan senarai pelayan penukaran mel yang menerima mel bagi setiap domain.

Sumber[edit | edit source]



Bookmark-new.svg