Jump to content

Wn/ms/Akta AI bakal dilaksanakan di EU, mengawal sistem AI dari disalahgunakan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Akta AI bakal dilaksanakan di EU, mengawal sistem AI dari disalahgunakan

24 Mei 2024 (Jumaat)

Pemimpin-pemimpin utama di Kesatuan Eropah memberikan lampu hijau kepada penggubalan Akta Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence Act) yang ditandatangani pada Selasa. Akta itu disifatkan sebagai "perundangan yang pertama seumpamanya" di dunia, dalam mengawal peraturan berkaitan penggunaan teknologi kecerdasan buatan.

Kesatuan Eropah (EU)
Imej: Håkan Dahlström.

Menerusi peruntukkan undang-undang di bawah akta itu, sistem yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan dalam sektor seperti penguatkuasaan dan pengambilan pekerja baharu perlu membuktikan ketelusan dan ketepatan selain memenuhi kehendak keselamatan siber dan kualiti data yang digunakan dalam melatih komponen AI itu.

Akta AI itu juga turut melarang sistem kecerdasan buatan yang memanipulasi tingkah laku kognitif serta melakukan penilaian sosial berdasarkan kepada data biometrik dari Kesatuan Eropah kerana risikonya yang tidak boleh diterima. Suruhanjaya EU mempunyai kuasa untuk menyaman syarikat yang melanggar undang-undang di bawah Akta AI sehingga 35 juta Euro atau tujuh peratus daripada pendapatan global tahunan mereka, yang mana lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, beberapa pengecualian ditetapkan seperti penggunaan data biometrik dan kognitif dalam penguatkuasaan yang melibatkan kehilangan orang, penculikan, menghindari insiden yang melibatkan penyeludupan manusia atau mencarik suspek dalam kes jenayah.

Sebuah Pejabat AI bakal didirikan dalam Suruhanjaya Eropah bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta AI ini dapat dilaksanakan di peringkat Kesatuan Eropah.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog