Jump to content

Wn/ms/Ais di Artik cair di paras terendah

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Ais di Artik cair di paras terendah
Gambar bukti yang menunjukkan penurunan jumlah isipadu ais di Artik sehingga tahun 2007.

28 Ogos 2012 (Selasa)

WASHINGTON 28 Ogos − Ais laut di Artik telah mencair sehingga paras terendah yang mungkin menunjukkan ramalan kes terburuk dalam perubahan iklim, kata saintis Amerika Syarikat.

Menurut agensi angkasa NASA dan Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan, takat ais yang diperhatikan sejak Ahad lalu menunjukkan rekod pencairan ais yang lebih teruk sejak tahun 2007 dan kejadian tersebut mungkin berterusan sehingga beberapa minggu dalam musim panas yang mendatang.

Ais laut di Artik telah merosot kepada 4.10 juta kilometer persegi (1.58 juta batu persegi) iaitu 70,000 kilometer persegi (27,000 batu persegi) kurang daripada rekod terdahulu yang dicatatkan pada 18 September 2007.

Michael E. Mann, penulis utama laporan perubahan iklim PBB berkata:

Terdapat beberapa kawasan di mana perubahan iklim berlaku dengan lebih pantas dan magnitud yang lebih besar berbanding seperti yang diramalkan.

Sumber

[edit | edit source]
Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog