Jump to content

Wn/ms/9 kes baharu, 5 kes pulih di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 9 kes baharu, 5 kes pulih di Malaysia hari ini

18 Julai 2020 (Sabtu)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan bahawa terdapat 9 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,764 kes. 4 kes merupakan kes import manakala 5 lagi kes merupakan kes tempatan. Daripada 5 kes tempatan tersebut, 4 kes merupakan kes warganegara Malaysia sementara 1 lagi kes adalah kes bukan warganegara Malaysia.

5 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih hari ini adalah sebanyak 8,546 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 122 kes. Terdapat 96 kes yang masih aktif dan satu daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog