Wq/ms/Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir

From Wikimedia Incubator
< Wq‎ | ms
Wq > ms > Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir ialah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri Kedah mewakili parti Perikatan Nasional. Beliau menjawat jawatan ADUN bagi kawasan Kota Siputeh setelah menang dalam pilihan raya negeri Kedah 2023 yang lalu.

Petikan[edit | edit source]

  • Ada orang bermain sentimen mengatakan saya orang luar. Saya membesar di sini [iaitu Jerlun], belajar di sini [iaitu Jerlun] dan apabila habis belajar berhijrah ke Lumpur Lumpur dan takdir Allah SWT dengan pencalonan ini saya pulang semula ke kampung halaman [di Jerlun] untuk berbakti kepada penduduk sini.
  • Banyak agenda yang nak dibangunkan melalui iltizam Kota Siputeh kita, salah satunya saya mahu buka pusat khidmat sekitar ini [di Sanglang] dan yang kedua di Taman Seri Kodiang. Jadi ada dua pusat khidmat untuk memudahkan masyarakat bertemu dengan wakil rakyat.
  • Saya memang nak sangat debat ini berlangsung [dengan dua orang lagi calon ADUN bagi kerusi Kota Siputeh] sebab kita bukan nak bercakap pasal calon sahaja tapi nak menoktahkan mengenai tuduhan fitnah ini dan bercakap mengenai idea dan manifesto masing-masing.
  • Kita kena tunjukkan kesungguhan kerana 60 peratus pengundi adalah orang muda. Kita anak muda tidak akan tinggalkan generasi lama tapi orang muda yang faham dan boleh bawa pembaharuan. Kalau nak tengok perbaharuan, dan gerak kerja yang baik, maka kita boleh selama dan adaptasi dengan semua lapisan masyarakat.
  • Semua atas izin Allah dan kurniaNya. Pohon doa sokongan berterusan agar dipermudah khidmat bakti saya kepada warga Kota Siputeh.
  • Alhamdulillah diberi izin Allah SWT dinobatkan secara sah calon mewakili PN bagi Kota Siputeh. Kita terus bekerja! Sejak hari mula pulang ke kampung halaman tidak pernah sama sekali saya toleh ke belakang.

Pautan luar[edit | edit source]