Wq/ms/Haim Hilman Abdullah

From Wikimedia Incubator
< Wq‎ | ms
Wq > ms > Haim Hilman Abdullah

Haim Hilman Abdullah ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Beliau menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Jitra setelah menang dalam pilihan raya negeri Kedah 2023 yang lalu.

Petikan[edit | edit source]

  • Sesetengah pihak mengatakan saya calon "payung terjun" atau calon luar [dalam pilihan raya negeri Kedah tahun 2023]. Ingin saya jelaskan bahawa saya sudah berkhidmat di Kedah selama 23 tahun.
  • Memang saya dilahirkan di Selangor tapi saya juga anak kampung dan anak desa. Saya tidak kekok dengan masyarakat dan saya tahu bagaimana kehidupan sebagai seorang yang miskin kerana saya pernah menjadi orang miskin.
  • Anak orang Jitra, anak orang Kedah malah anak dari semua pelusuk negeri dan negara berada dalam kelas saya malah menghambakan diri di Kubang Pasu.
  • Saya mahu anak muda kita [khususnya di kawasan DUN Jitra] dapat menjadi berintegriti, bersih dan mampu memimpin masa depan dan kita akan terus santuni anak muda kita.
  • Insya Allah, saya akan terus memberikan motivasi di TikTok dan media sosial yang lain sebab saya yakin dan percaya mungkin itu adalah salah satu pendekatan kita untuk sama-sama membawa anak bangsa kita ke arah satu nilai yang baik.
  • Saya dilahirkan dalam keluarga susah, ibu bapa saya hanya penoreh getah. Tiada siapa yang boleh mengubah nasib kami keluarga kecuali cemerlang dalam pendidikan. Selepas berjaya, saya terpanggil membantu anak-anak di luar bandar dengan memberi motivasi kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.
  • Kepada semua sahabat, saya mohon ampun dan maaf andai ada kekurangan pada diri saya. Terima kasih buat semua sahabat yang sentiasa mendoakan saya. Mana mungkin saya lupa jasa kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Pautan luar[edit | edit source]