Wq/ms/Cinta

From Wikimedia Incubator
< Wq‎ | ms
Wq > ms > Cinta

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara pesorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap.

Hati sering menjadi lambang cinta
  • "Cinta sejati sesungguhnya tidak mengharapkan imbalan apapun, kecuali cinta itu sendiri."
  • "Cinta adalah untuk syurga dan syurga adalah untuk kita."
  • "Cinta wanita yang sejati memberi sayap pada lelaki, tetapi cinta yang palsu memberi belenggu."
  • "Cinta itu bermacam-macam, tetapi yang paling aman dan kekal adalah cinta yang melampaui pintu kekasih."
  • "Cinta adalah kunci dari tiap-tiap keadaan yang baik dalam kehidupan manusia."
  • "Cinta datangnya tak diketahui, tetapi perginya meninggalkan bekas."
  • "Cinta kasih adalah penuh pengorbanan, penuh pengampunan, penuh penghargaan dan penuh pengabdian pada sesamanya."

Menurut Alkitab[edit | edit source]

Pierre Auguste Cot (1873)
  • Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu. - Jesus - Matius 5:44-47
  • Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu. ... Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. - Jesus - Matius 22:37-40
  • Tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya. - Jesus - Yohanes 15

Menurut Al-Qur'an[edit | edit source]

قُلۡ إِن كَانَ آبَاؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَانُكُمۡ وَأَزۡوَاجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَالٌ اقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرۡضَوۡنَهَا أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا۟ حَتَّي يَأۡتِيَ اللّهُ بِأَمۡرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهۡدِي الۡقَوۡمَ الۡفَاسِقِينَ (24)
  • Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). Surat At-Taubah ayah 24.

Rujukan[edit | edit source]

Al-Quran[edit | edit source]

Pautan luar[edit | edit source]

Wikipedia
Wikipedia
Wikipedia mempunyai rencana berkenaan: