Wq/ms/Amar Pared Mahamud

From Wikimedia Incubator
< Wq‎ | ms
Wq > ms > Amar Pared Mahamud

Amar Pared Mahamud ialah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri Kedah mewakili parti Perikatan Nasional. Beliau menjawat jawatan ADUN bagi kawasan Kuah setelah menang dalam pilihan raya negeri Kedah 2023 yang lalu.

Petikan[edit | edit source]

  • Saya pun tak jangka dipilih bagi menggalas cabaran bertanding di DUN Kuah, tetapi selepas nama dipilih saya bersedia sepenuhnya.
  • Saya dan calon daripada Pakatan Harapan (PH), Ahmad Fauzi Chik adalah muka baharu, jadi kami berdua tidak boleh berkempen sambil lewa sepanjang dua minggu ini kerana perlu 'menjual' diri. Namun, saya tidak pernah pandang ringan siapa sahaja lawan saya termasuk calon Bebas. Bagi saya paling penting tanggungjawab untuk memastikan kemenangan dan menunaikan amanah yang diberikan.
  • Pelancong dan penduduk setempat [di DUN Kuah] terus dihimpit percaturan dan monopoli pengusaha yang mengejar keuntungan semata-mata.
  • Bagi memastikan pusat-pusat pelancongan terus mendapat tempat di hati pelancong, ia harus sentiasa diselenggara dengan baik untuk menyambut kedatangan pelancong.

Pautan luar[edit | edit source]