Wn/ms/S Sivasangari menghuni kedudukan ke-10 dunia buat pertama kali

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > S Sivasangari menghuni kedudukan ke-10 dunia buat pertama kali

21 Mei 2024 (Selasa)

S Sivasangari, pemain skuasy profesional Malaysia kini menghuni tangga ke-10 dunia menerusi senarai terbaru yang dikeluarkan Jelajah PSA Wanita, semalam. Ini merupakan kali pertama pemain skuasy dari Malaysia menduduki carta 10 pemain wanita terbaik dunia selepas Nicol David dan Low Wee Wern.

Pemain dari Kedah itu melonjak satu anak tangga dari kedudukan ke-11 sebelum ini selepas beliau mencatatkan kedudukan ketiga dalam Kejohanan Skuasy Dunia baru-baru ini. Selain itu, prestasi yang memberangsangkan ditunjukkan Sivasangari dalam Kejohanan Klasik London bulan lalu juga antara faktor beliau meraih pungutan mata yang besar dalam mengejar kedudukan ke-10 itu.

Jurulatih kebangsaan, Ajaz Azmat berkata ini merupakan hari yang bersejarah buat Sivasangari.

"Cabaran beliau sekarang adalah untuk mengekalkan kedudukan 10 terbaik. Beliau perlu bersedia dari segi mental dan fizikal semasa kejohanan," kata Ajaz.

"(Saya) Lebih yakin berbanding sebelumnya untuk meneruskan kemaraan dan nikmati proses bagi setiap langkah," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Sivasangari menerusi akaun Facebook.


Sumber[edit | edit source]