Wn/ms/Penularan Covid-19 masih meningkat

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Penularan Covid-19 masih meningkat

22 Jun 2020 (Isnin)

Template:Wn/ms/Emiriah Arab Bersatu

Dubai - Penularan COVID-19 terus meningkat dan kesannya akan dapat dirasakan untuk beberapa dekad lagi, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ketua Pengarahnya, Tedros Abraham Ghebreyesus, dalam satu forum kesihatan anjuran pihak berkuasa Dubai, berkata ancaman terbesar kepada dunia bukan virus itu sendiri, tetapi perpecahan dan kekurangan kepimpinan pada peringkat global.

"Kita tidak boleh menewaskan pandemik ini dalam keadaan dunia yang berpecah belah. Pandemik yang dipolitikkan ini memburukkan keadaan. Tiada siapa yang akan selamat sehingga keadaan benar-benar berubah," katanya.

Minggu lalu, WHO memberi amaran berhubung fasa baharu pandemik COVID-19, apabila orang ramai mula letih berhadapan perintah berkurung. Perintah berkurung yang dikenakan untuk membendung penularan COVID-19 turut memberi kesan negatif kepada ekonomi, namun WHO memberi amaran bahawa pandemik itu masih berupaya menjadi ancaman lebih besar.

"Pandemik ini masih meningkat. Kita tahu bahawa pandemik ini lebih buruk berbanding krisis kesihatan, ia ialah krisis ekonomi, krisis sosial, dan di kebanyakan negara, bertukar menjadi krisis politik. Kesannya akan dirasai buat beberapa dekad lagi," katanya pada persidangan secara maya itu.

Sumber[edit | edit source]