Wn/ms/China memberi amaran kepada A.S

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > China memberi amaran kepada A.S

24 Jun 2020 (Rabu)


Beijing - Kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah yang besar di wilayah Asia-Pasifik dikhuatiri meningkatkan risiko pertembungan dengan tentera laut China. Presiden Institut Kebangsaan Pengajian Laut China Selatan, Wu Shicun, berkata jika krisis meletus, ia akan mengakibatkan kemusnahan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Menurut laporan, AS mengerahkan 375,000 tentera dan 60 peratus kapal perangnya di wilayah Indo-Pasifik termasuk tiga pesawat pengangkut. Laporan itu turut memberi amaran bahawa hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara akan merosot, sekali gus meningkatkan risiko berlaku konflik atau krisis.

Wu berkata, ketika pentadbiran Presiden Barack Obama, tentera laut AS hanya melaksanakan empat operasi pelayaran berbanding 22 operasi di bawah Presiden Donald Trump.

Sumber[edit | edit source]