Jump to content

Wq/ms/Abdul Razak Hussein

From Wikimedia Incubator
< Wq | ms
(Redirected from Wq/ms/Tun Abdul Razak)
Wq > ms > Abdul Razak Hussein
"Tanggungjawab bagi pertahanan negara kita terserah kepada kita sendiri."

Tun Abdul Razak (11 Mac 1922 – 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Petikan

[edit | edit source]
  • Tanggungjawab bagi pertahanan negara kita terserah kepada kita sendiri.
  • "Sebagai satu bangsa yang muda dan sedang membangun, kita berada pada saat dan waktu yang penting oleh kerana inilah masanya kita menentukan bentuk dan corak kebudayaan Malaysia yang bakal diwariskan kepada generasi akan datang. Dalam hal ini, kita sudahpun mempunyai garis-garis panduan yang nyata iaitu kebudayaan Malaysia hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Saya ingin hakikat ini difahami betul supaya tidak lagi timbul keraguan atau kebimbangan pada mana-mana pihak pun."
    • Dipetik daripada ucapan beliau menerusi Radio Malaysia sempena Ulangtahun Hari Kebangsaan (31 Ogos 1973).
  • "Hari ini kita boleh berbangga kerana kita telah berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang keturunan, terutama sekali rakyat Bumiputera yang berasal dari satu rumpun bangsa. Di mana-mana jua rakyat Malaysia adalah sama dan tidak ada perbezaan antara rakyat yang bermastautin di Malaysia Timur dengan yang bermastautin di Malaysia Barat. Namun, kita wajiblah memelihara dan memperteguhkan kestabilan yang wujud pada masa ini supaya dapat kita mencapai kemakmuran, keamanan dan kebahagiaan hidup buat kita hari ini dan untuk generasi-generasi akan datang.."
    • Dipetik daripada ucapan beliau di Istiadat Merasmikan Tugu Kenang-Kenangan Bapa Malaysia di hadapan Bangunan Urusetia, Kota Kinabalu (31 Julai 1972).

Pautan luar

[edit | edit source]
Wikipedia
Wikipedia
Wikipedia mempunyai rencana berkenaan: