Wn/ms/Empat bangunan terbaik di dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Empat bangunan terbaik di dunia
Jump to: navigation, search
Menara Absolute di Kanada.

25 Jun 2012 (Isnin)

LOS ANGELES 25 Jun − Empat buah pencakar langit yang menakjubkan di Kanada, Qatar, Australia dan Itali telah dinamakan sebagai bangunan terbaik di dunia untuk tahun 2012. Pengiktirafan tersebut dilakukan oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH).

Bangunan-bangunan tersebut ialah Menara Absolute di Kanada, 1 Bligh Street di Sydney, Australia, Palazzo Lombardia di Milan, Itali serta Menara Doha di Qatar.

Palazzo Lombardia merupakan bangunan pencakar langit pertama yang menerima penghargaan CTBUH, sama seperti 1 Bligh Street yang menjadi bangunan pertama menerima pengiktirafan yang sama di Australia.

Pemenang keseluruhan bagi kategori Bangunan Tinggi Terbaik di Dunia akan dinamakan pada Majlis Anugerah Tahunan dan Makan Malam CYBUH ke-11 di Institut Teknologi Illnois, Amerika Syarikat pada 18 Oktober ini.

Sumber[edit]


Kongsikan berita ini Kongsi di Facebook Kongsi di Twitter Kongsi di Google+ Kongsi di Digg.com Kongsi di delicious Kongsi di Reddit.com Kongsi di Stumbleupon.com LinkedIn.com Kongsi di friendfeed Kongsi di identi.ca Kongsi di Tumblr Kongsi di MySpace Kongsi di Newsvine Kongsi di me2day