Wn/ms/Wajah baharu Terminal Puduraya

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Wajah baharu Terminal Puduraya

17 April 2011 (Ahad)

KUALA LUMPUR - Hentian Puduraya yang terletak di Kuala Lumpur kini berwajah baharu setelah lebih setahun ditutup bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf. Dengan wajah yang moden dan dinamik, hentian tersebut seolah-olah seperti sebuah lapangan terbang.

Hentian Pudu Sentral.
Imej: Chongkian.

"Suasana dan reka bentuk hentian ini cukup berbeza jika dibandingkan sebelum ini", kata salah seorang penuntut sebuah universiti mengenai usaha menaik taraf bersesuian dengan arus permodenan negara.

Seiring dengan itu, Terminal Puduraya yang mula beroperasi pada tahun 1976 dan kini berwajah baru bertukar nama kepada Pudu Sentral, demikian pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini berikutan cadangan daripada seorang pengikut beliau di laman Twitter selepas beliau mengumumkan untuk melawat Hentian Puduraya pagi tadi.

"Selepas berbincang dengan pihak pengurusan tadi, kita telah bersetuju untuk menukar namanya kepada Pudu Sentral," katanya.

Terminal Puduraya sebelum ini ditutup sementara Mac tahun lepas bagi kerja-kerja pengubahsuaian. Ini berikutan pemerhatian kerajaan yang mendapati terminal itu perlu dinaik taraf demi keselamatan pengguna umum setelah ianya beroperasi lebih tiga dekad. Kerja-kerja naik taraf ini dikendalikan UDA Holdings Berhad dengan kos keseluruhan sebanyak RM52 juta yang dipecahkan kepada dua fasa.

Pudu Sentral itu dilengkapi dengan pendingin hawa, eskalator dan sistem pengumuman awam. Sebanyak 296 kamera litar tertutup dipasang di sekitar terminal bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sepanjang mereka berada di sana.


Sumber[edit | edit source]