Wn/ms/Filem mengenai Presiden Putin dalam bentuk Kecerdasan Buatan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Filem mengenai Presiden Putin dalam bentuk Kecerdasan Buatan

20 Mei 2024 (Isnin)

Template:Wn/ms/Poland Dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan, seorang pengarah dari Poland, Patryk Vega mampu menghasilkan filem biopik mengenai Presiden Vladimir Putin tanpa mempelawa beliau untuk hadir ke sesi penggambaran. Menerusi treler bagi filem "Putin" yang diterbitkan, ianya bermula dengan Presiden mengesotkan dirinya di atas lantai dengan berpakaian lampin bayi, menggunakan teknik deepfake wajah pemimpin itu yang dipaparkan dan menggunakan badan pelakon sebenar.

Presiden Vladimir Putin.
Imej: President of the Russian Federation.

"Untuk memiliki persamaan yang ketara dengan diktator, kami perlukan Putin, bukannya pelakon dengan solekan," kata Vega semasa dalam acara Festival Filem Cannes di mana beliau sedang mempromosikan filem itu. "Saya telah menghubungi Putin dan bertanya jika beliau ingin berlakon dalam filem kami....Tidak, itu hanyalah jenaka."

Filem "Putin" ini telah terjual dalam 50 buah negara sebelum mulanya tayangan perdana pada bulan September ini. Filem ini berkisarkan mengenai kehidupan Presiden Putin selama enam dekad pada usia 10 tahun di mana beliau dilihat sedang dipukul oleh bapa tirinya. "Di akhirnya saya menunjukkan tamatnya riwayat beliau. Pengakhiran yang menggembirakan," kata Vega lagi.

Menurutnya, idea awal datang semasa hari pertama Rusia menceroboh negara jirannya, Ukraine. "Mulanya saya ingin membuat filem mengenai mafia Rusia. Kemudian, saya mengutuskan untuk membuat filem mengenai gengster terbesar."


Sumber[edit | edit source]