Wn/ms/Dabney Coleman, pelakon komedi popular era 80-an meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Dabney Coleman, pelakon komedi popular era 80-an meninggal dunia

20 Mei 2024 (Isnin)

Dabney Coleman, seorang pelakon komik Amerika Syarikat yang popular menerusi filem komedi klasik 1980-an “9 to 5”, Tootsie dan banyak lagi telah meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Dabney Coleman.
Imej: Aaron Rapoport.

Coleman menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis lepas di rumah kediamannya di Santa Monica dekat California, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan anak perempuan beliau, Quincy Coleman.

“Semasa hayat ayah saya, beliau merupakan seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu, pemurah hati, dan memiliki jiwa dengan semangat dan keinginan yang berkobar-kobar, serta pandai berjenaka yang mampu membuatkan manusia berasa geli hati”.

Di permulaan kerjayanya, beliau merupakan seorang pelakon pentas sebelum namanya mula meningkat naik dalam industri perfileman selepas beliau melakonkan watak Franklin Hart, Jr. dalam filem “9 to 5”. Selepas itu, beliau banyak berlakon dalam filem-filem yang bergenre komedi. Kali terakhir beliau berlakon menerusi siri drama "Yellowstone" yang memegang watak sebagai John Dutton Sr. pada tahun 2019.

Beliau meninggalkan empat orang anak serta lima orang cucu.

Sumber[edit | edit source]