Incubator:Muat naik

From Wikimedia Incubator
This page is a translated version of the page Incubator:Upload and the translation is 100% complete.

Jika anda seorang pengguna berdaftar, anda boleh memuat naik fail menerusi Special:Upload di beberapa wiki. Namun begitu fungsi itu selalunya dimatikan di Incubator. Anda perlu muat naik fail terus di Wikimedia Commons.

Muat naik hanya dibenarkan untuk birokrat, yang digunakan untuk fungsi pentadbiran tertentu, seperti pengarkiban laman ujian yang telah dibuang.

Bagaimana melakukan muat naik di Commons?

Berikut merupakan penjelasan langkah demi langkah:

  1. Mula sekali daftar akaun di Commons atau log masuk (anda mungkin telah didaftarkan secara automatik melalui akaun sejagat)
  2. Tentukan bahasa antara muka anda di tetapan pilihan untuk keselesaan.
  3. Pergi ke Commons:Muat naik dan ikuti arahan atau gunakan Upload Wizard. Pengguna yang berpengalaman juga boleh menggunakan alatan ini.
  4. Anda boleh menggunakan fail dari Commons di sini dengan cara yang biasa dan menggunakan nama fail yang sama.

Mengapa ia dinyahaktifkan di sini?

Disebabkan bug T13168! ;-)

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan Commons berbanding dengan muat naik lokal:

  • Anda boleh menggunakan imej anda pada setiap wiki di bawah Yayasan Wikimedia.
    • Ia mengelakkan daripada keperluan untuk muat naik semula fail selepas mengimport semua laman ujian wiki ke laman baru.
  • Commons digunakan khusus untuk fail. Oleh itu ia mempunyai polisi yang lebih baik, dan lain-lain. Incubator tidak memiliki sebarang kawalan terhadap imej yang dimuat naik.