Wn/ms/Xanana Gusmao kembali dilantik Perdana Menteri Timor Leste

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Xanana Gusmao kembali dilantik Perdana Menteri Timor Leste

2 Julai 2023 (Ahad)


Kuala LumpurXanana Gusmao (gambar) secara rasmi menjawat semula jawatan Perdana Menteri Timor Leste semalam, selepas parti yang diterajuinya menang dalam pilihan raya parlimen baru-baru ini.

Majlis pelantikannya telah berlangsung di Istana Presiden Timor Leste, di ibu negara tersebut, Dili.

Gusmao sebelum ini dikenali ramai sebagai pejuang kemerdekaan dan menjadi Presiden Timor Leste pertama selepas kemerdekaan negara tersebut pada 2002-2007. Kemudian beliau berkhidmat sabagi Perdana Menteri negara tersebut pada 2007-2015.

Dalam pilihan raya parlimen Timor Leste baru-baru ini, parti yang diterajui Gusmao, Kongres kebangsaan bagi Pembinaan Semula Timor (CNRT) bersama-sama rakan kerjasama, Parti Demokrat telah memenangi 37 daripada 65 kerusi yang dipertandingkan.

Sumber[edit | edit source]