Jump to content

Wq/ms/Hantu Kak Limah Balik Rumah

From Wikimedia Incubator
< Wq | ms
Wq > ms > Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah sebuah filem komedi seram Malaysia terbitan tahun 2010 arahan Mamat Khalid

Husin

[edit | edit source]
  • Kak Limah! Tak tengok Akademi Fantasia ke? Takkan tak nak tengok AC Mizal kot? Hehehe.
  • Kak Limah, masuklah! Malam dah ni. Banyak nyamuk, kokak di nyamuk tu kang baru tau! Dapat Malaria Tapioca, siapa susah?

Usop Wilcha

[edit | edit source]
  • Oo, menari a go go ya?

Wan Kaswi

[edit | edit source]
  • Sabor je la.

Dialog

[edit | edit source]
Pak Jabit: [mematikan tv] Apa punya cerita ni, macam dah takda modal industri filem Malaysia ni. Siapa pengarahnya tu?
Pak Abu: Hmm... [menelan makanan] Yalah, ini mese(?) Hasan Mutalib la ni.
Pak Jabit: Mmm daa...
Wan Kaswi: Kita jangan salahkan pengarah dia je, salahkanlah penulis skrip.
Pak Abu: Siapa penulis skripnya tu?
[Pak Abu dan Pak Jabit mendekatkan ke Wan Kaswi]
Wan Kaswi: [dalam nada monoton] Hasan Mutalib.
Pak Jabit: [menyeringai] Ugh!
[Pak Abu tertawa]

[Husin tiba di depan warung Pak Jabit bermotorsikal]
Husin: Assalamualaikum! [sambil mengangkat sebelah tangan]
Pak Abu: Waalaikumsalam. Amboi amboi kamu Husin, bukan main bergaya lagi ye kamu ni. Apa mimpi kamu balik kampung ni, Sin?
Husin: Apa khabor, Pak Abu? [bersalaman tangan] E-eh... Tiga tahun banting tulang kat oversea tu. [tertawa ringan]
Pak Jabit: Oversea apa kenamanya, pergi Singapore je! Ish!
Husin: [cuba salam] Pak Jabit apa khabor?
Pak Jabit: [menoleh muka dari Husin, dalam nada marah] Tengok tu, macam takde pape je! [pergi ke dapur warung]
Husin: Apa‽ Orang nak ambik roti kelapa je.
Pak Jabit: Balik je budak Husin tu, guruh(?) hati aku.
[Husin memandang Cik Nin, tersengih]

Husin: Usop, yang kamu dah berwilcha ni pasaipe?
Usop: Bukan wilcha, wheelchair.
Husin: Oo, wilsyer.
Usop: Tu la, sekolah dulu tak nak ambik apa- English Education. Ha, semua nak komen nolong je dedah, bengaih macam tu.

Husin: Ni mike ni pasaipe Usop, udah berwilcha ni?
Usop: Panjang ceritanya Husin. Awok pun dah jemu nak ngingatnye balik. Tapi pasei mike dah tanya tu, awok cerita aje le.
Husin dan Abi Hurairah: Cer cerita, cer cerita.
Usop: Pada suatu hari, [imbas balik] burung-burung pun berkicauan hari tu. Ada yang bekerja, ada yang bergembira...
[dalam imbas balik]
Usop: [menyanyi sambil mengayuh basikal] Happy birthday to me, happy birthday to-
[Wan Kaswi menolak mesin padi sambil bernyanyi Con Te Partiro]
Usop: [lalu di tepi Wan Kaswi] Buat(?) ke tepi, hei! Jangan jalan je!
[Wan Kaswi tak mengendahkan Usop, terus nyanyi]
Usop: Happy birthday to Usop...
Wan Kaswi: [telefon berdering dan diangkat] Helo, Maznah ke tu?
Usop: Ih tak saborlah, bior awok nak nengok apakah(?) hadiahnya-
Wan Kaswi: [menjawab telefon] Ha. Apa? Beras habis? Haa, nanti abang belikan beras kat kedai Jadislim.(?)
Usop: [Buka kotak kek] Oohh... Mmm, perisa Blueberry, my fevret.(?)
[Adegan Usop dengan kek, Wan Kaswi sedang menelefon dan mesin padi ditunjukkan bersilih ganti, berlatarkan lagu Con Te Partiro]
Usop: [Jatuh tertiarap dilanggar mesin padi, kakinya digilis] Aaaa! Tolong, Husin!(?) [mengerang kesakitan, Wan Kaswi masih ralit dengan telefon]
[Imbas balik tamat]
Usop: Bila kilat sabung-menyabung, lagi rasa sakit, Husin. Ngilu tau.
[Husin menggelengkan kepala berasa kesal, Abi Hurairah mengangguk mengiyakan cerita]

[Husin dalam keadaan berpeluh]
Pak Abu: Uwei, mengkeme ni baru balik tengok konsert Black Metal ke(?) wei?
Wan Kaswi: Hmph! [sambil hentak meja] Black Metal tu tak salah Pak Abu. Yang salahnya ajagampang(?) bahawa Black Metal tu salah, sabor je lah.
Husin: Pak Abu!
Pak Abu: Ha.
Husin: Kak Limah, Kak Limah dah jadi zomba!
Pak Jabit: Jangan kamu di takuk lama, Husin. Itu cerita dulu. [membetulkan dengan sinis dan kuat] Zomba, zomba, zombi!
Husin: Pak Jabit, betul! Tadi dah dikongkaknya teman.
Usop: Mana ada zombi dalam dunia ni, Husin. Apatah lagi di Kampung Pisang yang sejahtera ni. Ngarut! Semua tu dulu miscommunication je.
Pak Abu: [berdengung tak percaya] Hmm... Cer cerita Husin. Cerita, cerita.
Husin: Begini Pak Abu. Petang tadi, teman nampak Kak Limah duduk mendongak kat langit [mendongak] gini aje! Hah! Teman tegur, dia buat ded je! Dah tu rambutnya, rambutnya rebang! Udah rope macam aa- pontianak Sami Babe!(?) Hah!
Abi Hurairah: Part one, tu, part two?(?)
Husin: Part one, tu!(?)
Abi Hurairah: Ooo...
Usop: Ye tak ye jugak. Dah berapa lama kita tak nampak Kak Limah tu. Tah-tah jadi mayat ke apa kat rumah dia tu. Dahlah duk sensorang. Ihh simbap.(?)
Pak Abu: Haa inilah rupanya. Inilah rupanya masyarakat di kampung kita ni. Haram tak pedulikan kepada masyarakat orang tua-tua. Aa tapi, cuba nampak aje mak janda muda melintaih mari, apa kome ni orang(?) tanya khabor? Eii geram benor teman, pantang teman macam tu tau!
Usop: Isy, Pak Abu tu siap bagi! Beli nasi lemak kat rumah janda tu apa hal?
Pak Abu: Aaa itu teman nak majukan perniagaan dia!
Abi Hurairah: [kembali topik Kak Limah] Betul jugaklah! [jari telunjuk menunjuk ke udara] Dua malam lepas, saya baru balik daripada pekan, tengok wayang cerita Razak Mohaideen.(?) Saya terserempak dengan Kak Limah. Kat kubur!
Pak Abu: Ya Allah!
Pak Jabit, Wan Kaswi dan Pak Abu: Cer cerita, cer cerita, cer cerita.
[dalam imbas balik]
[Abi Hurairah bermotor melalui tepi perkuburan, terserempak Kak Limah di atas tangga]
Abi Hurairah: Kak Limah oi! Nak tumpang balik ke? Saya daripada pekan ni. Kak Limah oi! Alah, dalam kampung tak payahlah pakai helmet, jom le!
Kak Limah: [menyanyi] Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas. Enjit-enjit semut, siapa sakit naik-
Abi Hurairah: Kak Limah! Ih seksi pulak Kak Limah dalam gelap.
Kak Limah: [perlahan-lahan menoleh ke Abi Hurairah, berlari ke arahnya] Aaaaaa!
Abi Hurairah: [menjerit ketakutan] Aaaaaa! [pecut meninggalkan Kak Limah] Haa! Haaa!
Abi Hurairah: ...lapan tiang saya wheely! [bangga]
Usop: Nampak sangat menipu! Bukan lapan tiang lampu, lapan batu nisan je.
Abi Hurairah: Ehh kalau dah takut tu, lapan batu nisan rasa macam lapan tiang lampu!
Pak Abu: Ini kena siasat ni, kena siasat.
Wan Kaswi: Betul tu, kita tak nak jadi macam peristiwa yang berlaku kat Kampung Pineria(?) tu. Ih, sabor je la.
Semua orang: Cer cerita, cer cerita, cer cerita.
Wan Kaswi: Haa, camni cerita dia...

Barisan pelakon

[edit | edit source]
  • Awie - Hussein
  • Ummi Nazeera - Cik Nin
  • Johan Raja Lawak - Abi Hurairah
  • Dalimawati - Kak Limah
  • Zami Ismail - Pak Abu
  • Man Kadir - Pak Jabit
  • Usop Wilcha - Usop
  • Pekin Ibrahim - Musalman
  • Dewa Sapri - Che Purnama
  • Sofi Jikan - Wak Joko
  • Kamarool Yusof - Chomprak
  • Avaa Vanja - Ayu
  • Azwan Annuar - Wan Kaswi
  • Zainuri Misfar - Zulfekar

Pautan luar

[edit | edit source]