Wq/ms/Asyraf Wajdi Dusuki
Appearance

Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Haji Dusuki merupakan ahli politik Malaysia. Beliau telah menyandang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari Jun 2018 hingga Mac 2023. Kini, beliau merupakan Pengerusi MARA setelah dilantik pada 22 Mac 2023.
- In sya Allah, tanggungjawab yang digalaskan ini akan saya laksanakan sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran, tetapi beban tanggungjawab besar yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Mohon rakan-rakan doakan saya agar dipermudahkan untuk melaksanakan amanah bangsa dan agama ini.
- Daripada hantarannya di Facebook, dipetik dari Sinar Harian (17 Februari 2025).
- Ada kata saya buka aib apabila terjah MRSM. Kalau buka aib, patutnya saya Pengerusi paling malu kerana MRSM bawah saya. Lebih baik malu sekarang daripada dipersoal Allah atas segala kepincangan.
- Hantaran di Facebook (13 November 2024).
- Mara mahu melahirkan generasi TVET yang holistik dan seimbang teradun dengan empat elemen RISE (Religion, Innovation, Skill and Entrepreneurship). In sya Allah.
- Dipetik daripada KOSMO! (1 Oktober 2024).