Jump to content

Wq/ms/Asmah Haji Omar

From Wikimedia Incubator
< Wq | ms
Wq > ms > Asmah Haji Omar
Asmah Haji Omar

Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar (lahir pada 5 Mac 1940) merupakan seorang pakar linguistik serta merupakan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa di Malaysia.

Petikan

[edit | edit source]
  • Bahasa standard yang kita anggap sebagai kerangka rujukan bagi penggunaan bahasa dalam keadaan tertentu, yang melambangkan taraf tinggi dalam penggunaan sesuatu bahasa sebagai bahasa ilmu, sewajarnyalah merupakan bentuk yang digunakan oleh ahli masyarakat sebagai salah satu sistem komunikasi yang "natural" (bukan yang dibuat-buat), yang dipilih dari satu julat pilihan yang ada dalam perbendaharaan kelainan atau variasi bahasa dalam sesuatu komuniti bahasa tertentu. Bahasa standard hendaklah memberi kelonggaran kepada pengguna-penggunanya supaya mereka dapat menggunakan sistem dan struktur yang ada dengan kreatif. Ini dengan sendirinya akan memperkayakan bahasa berkenaan.
    • Asmah Haji Omar. (1999). Bahasa standard, dialek dan dialek-antara: Beberapa persoalan teoretis. Journal of Modern Languages, 12(1), 1-18.dipetik daripada E-journal UM
  • Bahasa tidak dapat dipisahkan dari orang yang menuturkannya. Sungguhpun pewujudan pertuturan itu adalah hasil kegiatan seseorang sebagai individu, tetapi bahasa tidak dapat wujud dalam sesebuah masyarakat jika tidak digunakan oleh sekumpulan individu dalam hubungan mereka satu sama lain. Dengan ini dikatakan bahawa bahasa adalah hak milik bersama sekumpulan individu, bukan kepunyaan satu-satu individu tertentu.
    • Asmah Haji Omar. (2015). Bab 1:Penyebaran Bangsa dan Bahasa. Dalam Susur galur bahasa Melayu. (edisi ke-2, pp. 2). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pautan luar

[edit | edit source]
Wikipedia
Wikipedia
Wikipedia mempunyai rencana berkenaan: