Jump to content

Wn/ms/Wikimedia Malaysia jalin kerjasama dengan Wikimedia Korea

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Wikimedia Malaysia jalin kerjasama dengan Wikimedia Korea
Sabtu, 12 Oktober 2025, 14:00 PM
Laporan asli: Wiki Farazi
Wikimedia Malaysia jalin kerjasama dengan Wikimedia Korea
Sabtu, 12 Oktober 2025, 14:00 PM
Laporan: Wiki Farazi

 

Kuala Lumpur - Pada 12 Oktober 2025, Wikimedia Malaysia (Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia) bersama-sama dengan Wikimedia Korea menganjurkan Marasunting Persabahatan iaitu acara kerjasama menyunting rencana Wikipedia mengenai Korea Selatan dan Malaysia. Acara ini melibatkan pengguna dari segenap komuniti Wikipedia di bawah Wikimedia Malaysia seperti Wikipedia bahasa Melayu, Wikipedia bahasa Iban malah Wikipedia bahasa Kadazandusun. Tidak lupa juga bagi pengguna dari Wikipedia bahasa Korea yang menjadi sebahagian daripada acara marasunting ini.

Para penyunting sedang menyunting rencana masing-masing dengan penuh tumpuan.

Ia merupakan acara julung kali bagi meraikan persahabatan yang terjalin antara Wikimedia Malaysia dan Wikimedia Korea. Marasunting persabahatan yang disertai seramai 22 orang secara dalam talian mahu pun bersemuka iaitu menghadirkan diri ke Balai Wikimedia Malaysia dan Balai Wikimedia Korea di Seoul sedikit sebanyak telah mengangkat identiti Korea Selatan dan Malaysia di Wikipedia. Antara topik yang diberikan penekanan dalam memartabatkan kandungan ensiklopedia mengenai Korea Selatan dalam Wikipedia bahasa Melayu ialah sejarah negara, kebudayaan, geografi, sukan malah biografi penyanyi-penyanyi asal Korea Selatan terkemuka.

Acara ini juga turut dimeriahkan lagi dengan sambutan Hari Jadi Wikipedia bahasa Korea yang menyambut kelahirannya ke-23 pada 11 Oktober. Para peserta menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi sebagai tanda meraikan hari jadi tersebut. Malah, ada salah seorang daripada mereka berani menampilkan diri dengan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dalam bahasa Korea.

Kemuncaknya bermula selepas jam 2:30 petang waktu tempatan di mana marasunting Wikipedia bermula. Sebelum menyunting, para peserta diberikan pendedahan awal mengenai pengenalan Wikimedia Malaysia, termasuk projek-projek dalam Wikimedia, fungsi dan kegiatan yang telah dianjurkan. Turut didedahkan cara memetik sumber yang sahih dan tepat supaya para peserta peka bahawa kesahihan sumber sebagai rujukan bagi setiap rencana Wikipedia adalah penting.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman, para peserta menunjukkan kegigihannya dalam menyunting dan menghasilkan rencana yang berkualiti. Fasilitator telah membimbing dengan penuh kesabaran mereka untuk menghasilkan rencana menggunakan alat terjemahan laman (content translation) yang dinilai lebih pantas berbanding dengan kaedah konvensional.

Penulis juga sebahagian daripada para peserta turut melibatkan diri secara aktif dalam mengintegrasikan identiti Korea Selatan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Walaupun begitu, penulis hanya memberi penekanan terhadap kerja baik pulih (dicap sebagai "Improved") rencana sedia ada berbanding mencipta rencana baharu.

Penulis telah membaik pulih sedikit dalam rencana Laut Kuning. Nama laut diberikan sempena warna air yang kuning keemasan yang terbentuk daripada kelodak-kelodak dan mendapan-mendapan dari muara sungai dan ribut pasir yang melanda laut itu.

Penganjuran marasunting ini sememangnya merupakan satu pengalaman berharga bagi penulis. Acara sebegini merupakan platform terbaik untuk merapatkan jurang antara pengguna-pengguna Wikimedia yang dipisahkan oleh dunia maya tanpa sempadan. Dengan menemui para peserta secara bersemuka, secara tidak langsung penulis dapat memahami perspektif berbeza bagi setiap individu, dengan mendalami minat dan kecenderungan masing-masing dalam melibatkan diri dalam projek Wikimedia.

Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog