Jump to content

Wn/ms/Wanita warga Singapura berdepan tuduhan jenayah penipuan tempahan bilik hotel atas talian

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Wanita warga Singapura berdepan tuduhan jenayah penipuan tempahan bilik hotel atas talian

2 Ogos 2024 (Jumaat)

SINGAPURA - Seorang wanita warga Singapura bakal dihadapkan ke mahkamah atas beberapa pertuduhan melibatkan penipuan (scam) tempahan bilik hotel atas talian. Kerugian yang dialami mangsa dianggarkan lebih dari S$1.3 juta (RM4.3 juta).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis, mereka menerima beberapa laporan sekitar Disember 2021 hingga Disember 2022 yang dibuat mangsa-mangsa yang mendakwa mereka telah ditipu oleh seorang penjual yang menawarkan harga lebih rendah untuk tempahan bilik hotel di platform laman sosial.

Mangsa kemudian melakukan transaksi pembayaran melalui permindahan bank dan PayNow selepas melakukan tempahan bilik di hotel-hotel popular sekitar Singapura. Walau bagaimanapun, kesemua tempahan itu tidak dapat disahkan.

Siasatan lanjut yang dijalankan pasukan Anti-Scam Command berjaya mengenal pasti identiti penjual terbabit dan polis segera menangkap seorang wanita dalam lingkungan usia 34 tahun. "Siasatan mendedahkan wanita itu dipercayai terlibat dalam lebih dari 900 tempahan pakej bilik hotel tidak dipenuhi, di mana mangsa-mangsa mengalami kerugian yang dianggarkan lebih dari $1.3 juta," kata SPF.

Wanita itu akan didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan 1871 yang memperuntukkan hukuman denda serta penjara sehingga 10 tahun.

SPF kemudian memberi amaran mereka memandang serius terhadap mana-mana orang yang mungkin terlibat dalam jenayah penipuan dan pemalsuan. "Penjenayah terlibat akan dihukum mengikut peruntukkan undang-undang sedia ada," ulasnya lagi.

Laporan dari CNA mendedahkan wanita itu dikenali sebagai Farah Diyanah Abdul Falik dan dia telah terlibat dalam jenayah penipuan tempahan bilik di hotel-hotel popular seperti Capella Singapore, Resort Amara Sanctuary Sentosa dan Hotel The Fullerton Bay.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog