Wn/ms/Wang Ringgit Malaysia siri baru mula diedarkan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Wang Ringgit Malaysia siri baru mula diedarkan

16 Julai 2012 (Isnin)

SUBANG JAYA 16 Julai − Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan dan mengedarkan wang kertas siri baru untuk mata wang Ringgit Malaysia. Bagi duit syiling sen pula, ia telah dikeluarkan sejak tahun 2011 lagi.

Siri baru wang kertas itu terdiri daripada denominasi RM100, RM20, RM10, RM5 dan RM1. Wang kertas tersebut mendapat sentuhan warna yang terang dan ia bermotifkan ciri-ciri budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara Malaysia. Keistimewaan siri baru ini adalah pengenalan semula denominasi RM20 yang tidak terdapat dalam siri sebelumnya dan substrat polimer telah digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Wang kertas ini telah dipertingkatkan mutu keselamatannya dengan menggunakan teknologi wang kertas terkini. Ini termasuklah pada imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna yang berubah-ubah dan benang kanta mikro, tanda pandang telus serta petak kilat berwarna.

Sumber[edit | edit source]