Wn/ms/Usul mengecam filem anti-Islam diluluskan di Dewan Rakyat

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Usul mengecam filem anti-Islam diluluskan di Dewan Rakyat

26 September 2012 (Rabu)

Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Malaysia.

KUALA LUMPUR 25 Sept. − Ahli-ahli Dewan Rakyat di Parlimen hari ini mengutuk sekerasnya-kerasnya terhadap penyiaran filem anti-Islam iaitu Innocence of Muslims dan karikatur mengina Nabi Muhammad oleh sebuah majalah di Perancis.

Ketetepan usul tersebut dibuat selepas persidangan Dewan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Yang Dipertua Dewan bersetuju membahaskannya berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 18 (1) bagi menolak penerbitan filem dan karikatur berkenaan.

Pihak kerajaan berpendapat bahawa penghasilan filem dan karikatur tersebut atas dasar kebebasan bersuara merupakan satu penipuan. Kerajaan juga menganggap kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis yang gagal menghalang penerbitan bahan itu bersikap hipokrit dimana ia tidak boleh diterima sama sekali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata semasa menggulung usul:

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya filem yang menjadi punca kepada tercetusnya siri bantahan di seluruh dunia. Penerbitan filem ini dan kegagalan negara barat menyekat kononnya atas alasan kebebasan bersuara adalah satu penipuan dan hipokrit. Kebebasan bersuara bukanlah satu hak yang mutlak dan kebebasan menghina atau menfitnah tidak harus dibenarkan hingga boleh menjejaskan kehidupan serta keharmonian masyarakat antarabangsa

Jelas beliau lagi, sebarang bentuk penayangan filem Innocence of Muslims di laman perkongsian video YouTube di negara ini telah diharamkan oleh kerajaan selain tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk tayangan sekiranya terdapat pihak yang ingin berbuat demikian. Tambahan lagi, pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Google Malaysia berusaha memantau setiap hari bagi menghalang capaian kepada filem itu.

Terdahulu, usul kecaman ini dibawakan oleh ahli Parlimen dari kawasan Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan ia disokong secara sebulat suara oleh semua ahli Dewan sama ada dari pihak kerajaan, pembangkang dan konsensus bebas. Menurut Salahuddin, AS harus bertanggungjawab dan Parlimen Malaysia mesti berdiri secara setiakawan untuk menyelesaikan isu penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan agama Islam agar kejadian serupa tidak berulang.

Turut mengambil bahagian dalam perbahasan ini ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang juga ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anggota Parlimen dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Sumber[edit | edit source]