Wn/ms/Undang-undang sekat iklan minuman keras digubal

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Undang-undang sekat iklan minuman keras digubal
Jump to: navigation, search

6 September 2012 (Khamis)

Korea Selatan
Bendera Korea Selatan
Berita lain dari Korea Selatan
Lokasi Korea Selatan
Lokasi Korea Selatan

SEOUL 6 Sept. − Kerajaan Republik Korea menggubal undang-undang baharu dengan tujuan untuk menyekat pengiklanan alkohol susulan berlakunya kebimbangan yang memuncak akibat penggunaan alkohol dan pesta minuman keras yang menyumbang kepada aktiviti jenayah, kata pegawai kerajaan pada hari Khamis.

Menurut Kementerian Kebajikan dan Kesihatan Korea Selatan, draf perundangan turut melarang program televisyen yang mensasarkan golongan remaja daripada menjalankan sebarang iklan berkaitan arak.

Dalam draf tersebut juga melarang sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api bawah tanah, teksi dan kapal terbang daripada mengiklankan sebarang iklan minuman keras.

Timbalan Pengarahnya, Park Chang-Kyu berkata:

Kebanyakan jenayah yang berlaku pada masa ini di Korea Selatan ini mempunyai kaitan dengan minuman keras. Terdapat juga kata sepakat di seluruh pelosok negara mengenai keperluan untuk mengubah sikap sabar rakyat terhadap penggunaan alkohol.

Tambah beliau lagi, undang-undang itu menjadi penanda aras bagi negara republik itu untuk menimbulkan kesedaran awam mengenai bahayanya arak dan mengubah sikap rakyat yang sering mengadakan pesta arak. Ia turut menjelaskan bahawa undang-undang itu bakal diluluskan di Parlimen menjelang akhir tahun ini.

Dalam undang-undang baharu itu, ia menyatakan bahawa denda boleh dikenakan sehingga 5 juta won (AS$ 4,420) terhadap pihak yang menjual minuman keras di sekolah dan memberi keizinan kepada kerajaan tempatan untuk mengharamkan meminum arak di tempat awam.

Sumber[edit]


Kongsikan berita ini Kongsi di Facebook Kongsi di Twitter Kongsi di Google+ Kongsi di Digg.com Kongsi di delicious Kongsi di Reddit.com Kongsi di Stumbleupon.com LinkedIn.com Kongsi di friendfeed Kongsi di identi.ca Kongsi di Tumblr Kongsi di MySpace Kongsi di Newsvine Kongsi di me2day