Wn/ms/Undang-undang baru atasi jenayah hina Islam

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Undang-undang baru atasi jenayah hina Islam

16 Julai 2012 (Isnin)

Berita lain dari Arab Saudi
Lokasi Arab Saudi
Lokasi Arab Saudi
Lokasi Arab Saudi
Bendera Arab Saudi
Bendera Arab Saudi

JEDDAH 16 Julai − Kerajaan Arab Saudi sedang mempertimbangkan satu cadangan untuk menguatkuasakan undang-undang baru bagi membanteras jenayah menghina Islam termasuk dalam media sosial dengan mengenakan hukuman yang berat.

Akhbar al-Watan yang memetik kenyataan sumber berkata, dalam tempoh dua bulan akan datang, Majlis Syura akan mendedahkan keputusan kajian yang dijalankan untuk mewujudkan undang-undang baru itu dalam menangani jenayah tersebut.

Keputusan untuk mengadakan dan melaksanakan undang-undang baru itu adalah susulan daripada penahanan seorang kolumnis dan blogger berbangsa Arab pada lima bulan yang lalu, Hamza Kashgari, 23 yang didapati mengeluarkan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW di laman Twitter.

Sumber[edit | edit source]