Wn/ms/Tun Mahathir umum penubuhan parti baharu

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Tun Mahathir umum penubuhan parti baharu

7 Ogos 2020 (Jumaat)


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan penubuhan parti politik baharunya sebentar tadi di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, bersama-sama beberapa ahli politik lain.

Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Parti yang belum mempunyai nama itu akan membawa perjuangan asal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang menurutnya adalah untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak.

Parti tersebut turut akan dipimpini anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan akan memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera, serta bangsa-bangsa lain sekali, bersikap inklusif tetapi tidak akan mengikut mana-mana gabungan parti sama ada Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan.

Menurut Tun Mahathir, beliau tidak mahu memecah-belahkan orang Melayu dengan penubuhan parti baharu, tetapi sebaliknya mahu mengembalikan semangat perjuangan asal PPBM yang pernah diterajui beliau, iaitu untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib.

Sumber[edit | edit source]