Wn/ms/Trump ahkirnya mengalah, pakai pelitup muka

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Trump ahkirnya mengalah, pakai pelitup muka

12 Julai 2020 (Ahad)

Bendera Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat
Berita lain dari Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat


Maryland - Trump buat pertama kalinya dilihat memakai pelitup muka di khalayak ramai. Dia memakai pelitup muka tersebut ketika melawat tentera yang tercedera dan pekerja kesihatan di Hospital Tentera Walter Reed di Bethesda, Maryland.

Trump terpaksa tunduk kepada tekanan yang kuat supaya untuk memberi contoh terhadap kesihatan awam di saat negara itu terkesan teruk akibat pandemik COVID-19.

Kata Trump selepas dia meninggalkan Rumah Putih, dia berasa sangat bagus memakai pelitup muka dia tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka tetapi percaya untuk memakainya jika berada di tempat sesuai.

Selain COVID-19, tindakan Trump itu disifatkan penting ketika presiden A.S itu sedang bersaingan dengan calon parti Demokrat Joe Biden dalam pilihan raya presiden yang akan berlangsung November ini. Trump dengan tegas mempertahankan pentadbirannya dalam menangani pandemik itu walaupun AS ialah negara yang paling teruk dilanda wabak itu dengan lebih 3 juta kes Covid-19

Sumber[edit | edit source]