Jump to content

Wn/ms/Tiada masalah guna Bahasa Inggeris dalam khutbah Jumaat, kata Abang Johari

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Tiada masalah guna Bahasa Inggeris dalam khutbah Jumaat, kata Abang Johari

12 Ogos 2024 (Isnin)

KUCHING - Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam khutbah Jumaat tidak sepatutnya dilihat sebagai satu isu kerana agama Islam adalah agama yang terbuka untuk semua, tegas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Masjid dan surau di Malaysia biasanya menyampaikan khutbah dalam Bahasa Melayu.
Imej: KELANTAN JOTTINGS.

Abang Johari berkata, dia melihat Bahasa Inggeris sebagai salah satu daripada cara berkomunikasi, sama seperti Bahasa Melayu dan ia boleh digunakan terutamanya mengambil kira peningkatan populasi umat Islam di sini, termasuk golongan mualaf dan profesional dari luar negara yang bekerja di situ.

"Ada sesetengah pihak mempersoalkan kenapa Sarawak menggunakan Bahasa Inggeris semasa menyampaikan khutbah," katanya. "Apa salahnya? Apa yang penting ialah jemaah masjid faham akan isi kandungan yang disampaikan oleh khatib semasa solat Jumaat. Bahasa Inggeris ialah salah satu bahasa komunikasi, terutamanya di kawasan yang mempunyai jumlah mualaf yang ramai."

Menurutnya, sebuah masjid baharu akan dibina dekat pusat beli-belah The Spring kelak akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa dalam penyampaian khutbah Jumaat. "Kami (kerajaan Sarawak) mengambil pendekatan ini bagi memudahkan para jemaah faham apa yang disampaikan khatib ketika berkhutbah."

Semakan dibuat media TV Sarawak mendapati hanya Masjid Al-Ittihad dan Islamic Information Centre (IIC) di Kuching setakat ini menggunakan Bahasa Inggeris untuk khutbah solat Jumaat.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog