Jump to content

Wn/ms/Terbitkan iklan haram guna AI, Meta berdepan denda sehingga RM15 juta

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Terbitkan iklan haram guna AI, Meta berdepan denda sehingga RM15 juta

29 Ogos 2024 (Khamis)

SÃO PAULO - Syarikat Meta Platforms Inc. berdepan denda sehingga AS$3.62 juta selepas kalah dalam tuntutan saman yang difailkan syarikat peruncitan Brazil, Havan berkaitan penggunaan hak milik syarikat dalam pengiklanan yang tidak dibenarkan.

Havan merupakan syarikat rangkaian peruncitan Brazil.
Imej: Otávio Nogueira.

Keputusan itu dibuat Hakim Joana Ribeiro di mahkamah negeri Santa Catarina. Beliau berkata adalah tidak munasabah bagi Meta untuk menjual pengiklanan dalam cara tidak selamat bagi mengekalkan model perniagaannya.

Hakim kemudian mengarahkan Meta diberi tempoh masa selama 48 jam untuk menurunkan iklan yang tidak pernah dipersetujui dan iklan yang memetik nama syarikat dan nama pemilik syarikat yang juga seorang jutawan, Luciano Hang. Denda akan meningkat sehingga 20 juta reais sekiranya Meta gagal memenuhi syarat.

Menurut tuntutan saman itu, Havan mendakwa Meta mendapat keuntungan hasil daripada penjualan iklan haram tanpa bertanggungjawab atau cuba mengesahkan kesahihannya, yang membawa kepada pemfailan saman oleh mangsa penipuan tersebut. Awal tahun ini, Reuters mengesahkan terdapat tiga iklan haram di platform milik Meta yang menggunakan gambar Hang, serta penggunaan elemen AI dalam iklan itu.

Sementara itu, Havan dalam kenyataan menyebut keputusan mahkamah itu merupakan simbolik dalam melindungi hak cipta syarikat dan Hang sendiri. Manakala, Meta menolak untuk memberikan komen.

Meta masih boleh merayu berhubung keputusan itu.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog