Wn/ms/Syed Saddiq daftar parti baharu

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Syed Saddiq daftar parti baharu

17 September 2020 (Khamis)


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menghantarkan surat pendaftaran bagi penubuhan parti politik baharunya yang dikatakan bertujuan untuk golongan belia.

Syed Saddiq.

Ketika ditemui di pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini, beliau memaklumkan bahawa parti tersebut akan dikenali sebagai Malaysian United Democratic Alliance (MUDA; Melayu: Ikatan Demokratik Malaysia), dan akan menerima keahlian semua belia tidak kira kaum mereka.

Menurutnya, parti itu bertulang belakangkan oleh 13 penaja.

"Struktur organisasi kita akan maklumkan kemudian tetapi kami mempunyai 13 penaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang," katanya ketika ditemui selepas selesai membuat permohonan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini sebentar tadi.

Syed Saddiq telah mendaftar partinya kira-kira sebulan selepas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir turut mendaftar sebuah parti baharu di bawah nama Parti Pejuang Tanah Air.

Setakat ini, lambang parti politik tersebut belum diumumkan lagi, namun Syed Saddiq telah menerbitkan satu ciapan di laman Twitternya yang mengandungi sekeping gambar berlatar hitam dengan tulisan "muda" berwarna putih.

Sumber[edit | edit source]