Wn/ms/Sultan, Raja Muda Selangor berangkat ke Majlis Doa Selamat Pernikahan Diraja
Shah Alam - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bagi menyempurnakan sebuah majlis doa selamat sempena Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor hari ini.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, yang akan bernikah dengan Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz pada 2 Oktober 2025, tiba di masjid kira-kira pada jam 6.50 petang, manakala Ayahanda Baginda, Sultan Sharafuddin tiba pada 7.09 bersama-sama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Turut berangkat ke majlis ialah Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.
Lebih 300 ahli jemaah turut menghadiri majlis tersebut yang bermula pada jam 7.40 tadi sejurus selepas solat fardu Maghrib.
Majlis tersebut bermula dengan bacaan surah Yasin yang dipimpini Mufti Selangor, Dato' Setia Dr Haji Anhar Haji Opir, diikuti bacaan surah-surah al-Quran lain dan bacaan doa.
Bersempena dengan peristiwa ini, majlis bacaan Yasin dan doa selamat turut diadakan pada hari yang sama di masjid-masjid seluruh negeri Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memohon keberkatan Ilahi agar istiadat perkahwinan dan majlis yang dirancang akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Terdahulu, Istana Selangor mengumumkan bahawa Tengku Amir akan melangsungkan pernikahan dengan Cik Afzaa Fadini pada awal Oktober di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Sebuah Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja juga akan diadakan bagi menyempurnakan istiadat tersebut di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober.
- Keberangkatan tiba Tengku Amir Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
- Tengku Amir Shah sedang menunaikan solat sunat ba'diah bagi fardu Maghrib.
- Tengku Amir Shah sedang menunaikan solat sunat ba'diah bagi fardu Maghrib.
- Majlis doa selamat Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor.
- Majlis doa selamat Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor.
- Majlis doa selamat Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor.
- Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berangkat ke majlis tersebut.
- Kira-kira 300 jemaah hadir pada majlis doa selamat tersebut hari ini.
- Majlis dipimpini Mufti Selangor, Dato' Setia Anhar (tengah).

