Jump to content

Wn/ms/Suami Youtuber Pavithra, Sugu ditahan polis

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Suami Youtuber Pavithra, Sugu ditahan polis

22 Julai 2020 (Rabu)


IPOH - Suami kepada seorang YouTuber terkenal bernama Pavithra telah ditahan polis Ipoh petang semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes memiliki senjata berbahaya di sebuah hospital semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu yang dikenali sebagai Sugu telah ditahan kira-kira pada pukul 6 petang semalam.

Difahamkan bahawa suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk telah membawa senjata tajam ketika datang ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana mencari adik iparnya selepas berselisih faham antara mereka.

Perselisihan faham tersebut dipercayai berpunca daripada satu majlis di sini yang berlangsung pada hari Isnin lalu dan ketegangan antara mereka berterusan sehingga suspek datang ke hospital dan bertindak memukul isterinya di pekarangan hospital berkenaan.

Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz telah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kes berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan ahli keluarga,” katanya pada pihak media.

Sementara itu, Majistret Nabiha Mohd. Noor dari Mahkamah Majistret Ipoh membenarkan suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog