Jump to content

Wn/ms/Serangan udara Israel ditujukan kepada kem pelarian, 35 terbunuh

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Serangan udara Israel ditujukan kepada kem pelarian, 35 terbunuh

27 Mei 2024 (Isnin)

Pihak ketenteraan Israel telah melancarkan serangan udara di bahagian selatan Gaza, mendakwa serangan itu ditujukan kepada kubu Hamas, sejam selepas Hamas melancarkan siri serangan roket ke arah Tel Aviv sebelum itu. Siren amaran mula didengari di sekitar Tel Aviv buat pertama kali sejak Januari.


Imej: Alpha Bakemono.

Pihak berkuasa Gaza dan petugas kesihatan berkata serangan udara itu menghancurkan kem-kem pelarian yang sebelum itu telah ditetapkan Israel sebagai kawasan selamat. Menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), serangan itu mengena di kubu pertahanan yang terdapat di situ, mengorbankan dua orang pegawai tertinggi Hamas.

Pegawai kesihatan Gaza memaklumkan seramai 35 orang, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak telah terkorban akibat serangan itu. Video yang tular di media sosial menunjukkan api yang sedang marak di kawasan itu, membakar khemah besar yang digunakan sebagai tempat berlindung untuk keluarga penduduk, yang dikelilingi dengan beratus-ratus khemah.

Ro Khanna, ahli kongres Amerika Syarikat berkata Perdana Menteri Israel harus menghentikan serangan ke atas bandar Rafah serta merta. "Kehilangan nyawa yang tidak berdosa yang mengerikan hari ini akibat pengeboman kem pelarian menggariskan keperluan moral untuk menghentikan siri serangan Rafah," katanya menerusi hantaran di laman X.

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog