Jump to content

Wn/ms/Seorang lelaki diberkas kerana dua senapang tanpa lesen

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Seorang lelaki diberkas kerana dua senapang tanpa lesen

21 Jun 2020 (Ahad)


Sibu - Seorang lelaki diberkas polis kerana memiliki senapang patah dan senapang angin buatan sendiri bersama 21 biji guli tanpa lesen serta permit yang sah. Lelaki berusia 31 tahun itu ditangkap pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, di sebuah rumah tidak bernombor, dalam serbuan jam 11.45 malam, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintendan Collin Babat, berkata kedua-dua senapang yang dirampas tidak mempunyai nombor siri. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog