Wn/ms/Sebuah letupan besar berlaku di Beirut

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Sebuah letupan besar berlaku di Beirut

5 Ogos 2020 (Rabu)

Template:Wn/ms/Lubnan

Beirut - Sebuah letupan besar seakan-akan bom atom telah menggegar ibu negara Lubnan, Beirut, pada sekitar 6 petang waktu tempatan (10 malam Waktu Piawai Indonesia Barat, Waktu Piawai Negara Thai; 11 malam Waktu Piawai Malaysia, Waktu Piawai Singapura, Waktu Brunei Darussalam, Waktu Piawai Indonesia Tengah, Waktu Piawai Filipina; 12 tengah malam Waktu Piawai Indonesia Timur) pada hari Selasa (Rabu bagi Indonesia Timur). Letupan itu berlaku di sebuah kilang yang menyimpan ammonium nitrat yang terletak di kawasan perlabuhan tersebut. Dampak letupan itu menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu.

Letupan itu dikatakan boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Sumber[edit | edit source]