Jump to content

Wn/ms/Sarawak bakal terima pelaburan tambahan dari syarikat Korea, LOTTE Energy Materials

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Sarawak bakal terima pelaburan tambahan dari syarikat Korea, LOTTE Energy Materials

1 Ogos 2024 (Khamis)

KUCHING - Sektor perindustrian di Sarawak dilihat semakin rancak apabila syarikat pembekal komponen bateri dari Korea Selatan, LOTTE Energy Materials menyatakan hasrat untuk mengembangkan pelaburan mereka di negeri itu.

Perkara itu diumumkan ketika delegasi kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berada di Seoul untuk mengadakan pertemuan bersama pengurusan syarikat. Pelaburan tambahan itu bernilai kira-kira RM1.2 bilion, dengan pakej tambahan sebanyak RM2.5 bilion, menurut Park In-goo, Naib Presiden Kanan syarikat itu.

"Di sebalik ketidaktentuan di peringkat global, LOTTE Energy Materials sedia merancang untuk mengembangkan perniagaan di Sarawak, menjadikan Sarawak sebagai hub utama dalam pengeluaran bahan bateri berkualiti," menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan selepas pertemuan itu.

Syarikat itu sebelum ini telah membangunkan kilang luar negara pertama mereka di Zon Perindustrian Bebas Samajaya yang mengeluarkan produk bernama Elecfoil iaitu sejenis lapisan tembaga yang amat nipis yang digunakan dalam pembuatan papan litar elektronik dan bateri. Dengan pelaburan tambahan itu, ia dijangka bakal menjana sehingga 200 peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan.

Awang Tengah berkata pelaburan tambahan yang diumum syarikat itu membuktikan dedikasi mereka dalam menyokong pembangunan sektor perindustrian dan wilayah secara umumnya serta menyumbang kepada ekonomi setempat.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog