Jump to content

Wn/ms/SPM 2023 - 100 peratus calon MRSM layak terima Sijil Pelajaran Malaysia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > SPM 2023 - 100 peratus calon MRSM layak terima Sijil Pelajaran Malaysia

27 Mei 2024 (Isnin)

Kuala Lumpur - Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan seramai 44 calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) memperoleh gred A+ bagi semua mata pelajaran, meningkat berbanding 34 calon pada tahun 2022. Manakala seramai 1,100 calon di kesemua MRSM pula mendapat keputusan Cemerlang apabila mereka memperoleh gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

MRSM Johor Bahru

Indeks Gred Purata Maktab (GPM) pula dicatatkan pada 2.400 mata dengan 100 peratus calon MRSM layak menerima Sijil Pelajaran Malaysia.

"Terdapat peningkatan Gred Purata Subjek (GPS) bagi subjek teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bagi subjek Bahasa Inggeris, sebanyak 53 MRSM berjaya mencapai petunjuk prestasi utama Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) dengan lebih daripada 81 peratus pelajar memperoleh Gred Kepujian Tertinggi (Gred B+ dan ke atas)," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan MARA.

"MRSM Kepala Batas, Gemencheh dan Pasir Salak mencatatkan keputusan 100 peratus A bagi subjek Matematik manakala sembilan MRSM mencatatkan keputusan 100 peratus A bagi subjek Pendidikan Moral selain Kota Putra mencatatkan keputusan 100 peratus A bagi subjek Bahasa Arab."

Lapan buah MRSM mencatatkan GPM kurang dari 2.0 iaitu Tun Ghafar Baba, Taiping, Kepala Batas, Johor Bahru, Pasir Tumboh, Kuala Kubu Bharu, Alor Gajah dan Pengkalan Chepa. Seramai 7,981 calon daripada 55 buah MRSM menduduki peperiksaan SPM pada tahun lalu.


Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog