Jump to content

Wn/ms/SK Jalan Haji Baki bakal siap bulan depan, projek menelan kos RM18.1 juta

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > SK Jalan Haji Baki bakal siap bulan depan, projek menelan kos RM18.1 juta

12 Jun 2024 (Rabu)

KUCHING - Projek Pembinaan Gantian Penuh 12 Bilik Darjah dan Lain-lain Kemudahan di Sekolah Kebangsaan Jalan Haji Baki dekat Padawan kini telah mencapai 91.83 peratus siap dan dijangka akan siap sepenuhnya bulan hadapan. Demikian menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan semasa beliau melakukan tinjauan kemajuan projek itu semalam.

Katanya, projek itu menelan kos sebanyak RM18.1 juta telah diluluskan menerusi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. "Saya lihat bangunan lama (sekolah) dengan struktur kayu sudah berada dalam keadaan usang. Jadi kerajaan memutuskan untuk membina kompleks sekolah baharu bagi SK Jalan Haji Baki," tambah Ahmad.

Bangunan sekolah baharu itu terdiri daripada satu unit blok pentadbiran dan akademik dengan kemudahan seperti 12 bilik darjah, perpustakaan dan bilik sakit dan pergigian. Selain itu, terdapat juga bilik guru, bilik komputer, bilik pendidikan seni dan bilik sains. Para pelajar juga boleh melakukan aktiviti sukan menerusi kemudahan gelanggang terbuka yang berbumbung atau aktiviti keagamaan di surau.

Menurut kenyataan media Kementerian Kerja Raya, BWS Engineering Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai kontraktor utama bagi projek itu di mana pembinaannya telah dimulakan pada April 2022 dan mengambil masa selama 26 bulan untuk disiapkan. Tambahnya, setakat ini kontraktor telah mendahului status kemajuan projek 1 hari berbanding jadual asal.

"KKR amat yakin projek ini akan dapat disiapkan dalam tempoh masa, kos dan kualiti mengikut spesikasi yang telah ditetapkan," jelasnya.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog