Jump to content

Wn/ms/Putin arahkan sebuah latihan tentera besar-besaran

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Putin arahkan sebuah latihan tentera besar-besaran

18 Julai 2020 (Sabtu)


Moscow - Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah mengarahkan sebuah latihan tentera secara besar-besaran melibatkan 150,000 anggota tentera, ratusan pesawat dan kapal laut bagi 'menjamin keselamatan' di barat daya negara itu.

Menurut Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu, dalam satu kenyataan, selaras dengan keputusan Ketua Turus Angkatan Tentera Russia, latihan tentera akan diadakan oleh pasukan di daerah tentera selatan dan barat.

Beliau berkata, latihan ini membabitkan 150,000 anggota termasuk tentera udara serta laut daripada Armada Utara dan Pasifik.

"Ia juga membabitkan lebih 400 pesawat serta lebih 100 kapal laut dan antara lokasi yang dipilih termasuk di Laut Hitam dan Kaspia"

Awal bulan ini, Putin mengendalikan proses pengundian kontroversi bagi meminda Perlembagaan Russia. Pemindaan ini akan membolehkannya menjadi presiden selama dua penggal lagi, masing-masing selama enam tahun, apabila tempoh jawatannya berakhir pada 2024.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog