Wn/ms/Proses pertukaran tahanan Rusia-Barat berjalan lancar, paling ramai sejak Perang Dingin
2 Ogos 2024 (Jumaat)
Hubungan diplomatik yang tegang di antara Amerika Syarikat dan Rusia tidak menjejaskan proses pertukaran tahanan di antara kedua-dua negara yang berlaku malam tadi, paling terbesar sejak Perang Dingin lalu.
Proses rundingan perjanjian yang dipimpin pentadbiran Joe Biden dengan kerjasama beberapa negara Eropah sejak Disember 2022 itu menyaksikan seramai empat tahanan diterbangkan ke Turki di lokasi pertukaran itu berlaku. Tahanan yang dilepaskan Rusia termasuklah Evan Gershkovic, wartawan Wall Street Journal, Paul Whelan, bekas tentera laut, Alsu Kurmasheva, warga Rusia yang memiliki kerakyatan U.S serta Vladimir Kara-Murza yang memiliki kerakyatan Britain.
Hasil perjanjian itu juga menyaksikan beberapa tahanan warga Rusia termasuklah Vadim Krasikov, seorang ejen Rusia yang bekerja bersama agensi perisikan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) dibebaskan. Mereka tiba di Lapangan Terbang Vnukovo dekat Moscow dan disambut Presiden Rusia sendiri, Vladimir Putin. Perisik pasangan Anna Valerevna Dultseva dan Artem Viktorovich Dultsev bersama dua anak mereka turut dibebaskan.
Biden berkata perjanjian itu merupakan bukti pencapaian "diplomasi dan persahabatan". "Perjanjian ini tidak mungkin terjadi tanpa rakan sekutu kami. Jerman, Poland, Slovenia, Norway dan Turki, mereka semua bangun dan berdiri bersama kami," kata Biden menerusi ucapan di White House. "Jadi, kepada sesiapa yang mempersoalkan kepentingan rakan sekutu, betul. Mereka penting."
Putin berkata kesemua tahanan yang dibebaskan di bawah perjanjian itu akan dianugerahkan dengan pingat kebesaran. "Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang pulang ke negara mereka masing-masing," katanya. "Kepada anda yang berkhidmat secara langsung dengan perkhidmatan ketenteraan, saya ingin ucapkan terima kasih atas sumpah setia anda, tugas anda, negara tidak pernah melupakan anda walaupun seminit."
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Shannon K. Kingston, Mary Bruce, Molly Nagle, Karen Travers. " Russia frees Evan Gershkovich and Paul Whelan in historic multi-country prisoner swap " — ABC, 2 Ogos 2024
- (Inggeris) " Putin called him a patriot. But who is Vadim Krasikov, a Russian released in the mass prisoner swap? " — The Lufkin Daily News, 2 Ogos 2024
- (Inggeris) Georgi Kantchev. " Putin Embraces Krasikov and Other Released Russians as They Arrive in Moscow " — The Wall Street Journal, 2 Ogos 2024
- (Inggeris) " Evan Gershkovich among 26 freed in major Russia-West prisoner exchange " — Aljazeera, 1 Ogos 2024