Wn/ms/Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, positif Covid-19 kali ketiga

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, positif Covid-19 kali ketiga

23 Julai 2020 (Khamis)


Brasilia - Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sekali lagi positif Covid-19 selepas diuji kali ketiga sekaligus memaksanya untuk kekal berada dalam pengasingan di kediaman rasminya di Brasilia.

Pasukan perubatan Bolsonaro pada Rabu mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan keputusan saringan yang dibuat pada Selasa tersebut dan juga memberitahu bahawa presiden itu berada dalam keadaan yang baik.

Bolsonaro telah dikritik dengan cara dia menangani situasi pandemik Covid-19 ini. Dia memecat dua orang Menteri Kesihatannya dan menentang penggunaan pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber[edit | edit source]