Jump to content

Wn/ms/Perkhidmatan Youtube terjejas di Rusia akibat peralatan lama, tidak boleh dibaiki

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Perkhidmatan Youtube terjejas di Rusia akibat peralatan lama, tidak boleh dibaiki

15 Julai 2024 (Isnin)

Perkhidmatan laman video Youtube yang didakwa perlahan adalah berpunca daripada kelengkapan peralatan Google di negara itu, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Rostelecom, penyedia perkhidmatan Internet terbesar Rusia.

Jutaan pengunjung mengakses Youtube setiap masa.
Imej: SCBY.

Menurutnya, peralatan teknologi itu adalah berkaitan dengan sistem Cache Global Google. Sistem itu bertanggungjawab dalam menyimpan data cache dan meningkatkan kelajuan muat kandungan dari mana-mana perkhidmatan Google. Dengan sistem itu, data tidak lagi perlu dihantar dari pelayan asal Google di Amerika Syarikat, sebaliknya ia dihantar dari sistem berkenaan yang terletak di Rusia dan menjimatkan masa muat kandungan.

"Disebabkan masalah berkaitan operasi peralatan ini dan mustahil untuk mengembangkannya dalam berdepan peningkatan jumlah trafik, keupayaan sedia ada termasuklah rangkaian rakan ke rakan (peer-to-peer) telah melebihi jumlah yang sepatutnya," kata Rostelecom dalam kenyataan itu. "Perkara itu memberi kesan kepada kelajuan muat turun dan kualiti paparan video di Youtube untuk pengunjung di kesemua operator Rusia."

Pengarah Yayasan Persatuan Perlindungan Internet Mikhail Klimarev berkata peralatan itu dianggarkan telah berusia dua setengah tahun yang dipasang di premis penyedia rangkaian Internet dan semakin lama ianya tidak lagi boleh digunakan. "Tiada apa yang boleh digunakan untuk menggantikannya (komponen rosak), tiada sesiapa yang membaikinya juga. Infrastruktur itu akan rosak sepenuhnya dan kualiti Youtube dan kesemua perkhidmatan Google di Rusia akan terjejas," katanya.

Menurut laporan dari media Gazeta.ru, sumber yang dekat dengan pentadbiran Presiden mendakwa kerajaan merancang untuk menghalang akses ke Youtube sepenuhnya September ini. Namun demikian, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menepis dakwaan itu dan mengatakan pihak berkuasa Rusia tiada niat untuk menghalang akses ke Youtube.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog