Jump to content

Wn/ms/Perintis pemuliharaan kehijauan Singapura, Leong Chee Chiew meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Perintis pemuliharaan kehijauan Singapura, Leong Chee Chiew meninggal dunia

13 Jun 2024 (Khamis)

Seorang bekas Pengarah Eksekutif Taman Negara, Taman dan Rizab Alam Semula Jadi di Lembaga Taman Negara (NParks), Leong Chee Chiew meninggal dunia semalam pada usia 72 tahun akibat penyakit kanser.

Dr Leong Chee Chiew lahir pada tahun 1952 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau berjaya menggenggam segulung ijazah PhD dalam Fisiologi Tumbuhan di Universiti Malaya dan menyertai pasukan Taman Botani Singapura pada 1983 sebagai penyelidik. Sepanjang beliau di sana, beliau membantu membangunkan kembali Taman Botani itu sebagai sebuah institusi botani utama yang membolehkan ia diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Di bawah kepimpinannya di NParks, sumbangan terbesar Dr Leong ialah melakukan transformasi terhadap landskap Singapura melalui kempen "City in a Garden" dan kemudian "City in Nature". Di bawah kempen "City in Nature", beliau mewujudkan kawasan hijau di Singapura berjumlah lebih dari 7,800 hektar selain menghubungkan kesemua habitat asal yang terdapat di Singapura melalui jalan taman dan denai-denai.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan NParks di LinkedIn, Dr Leong merupakan seorang yang peramah, mudah didekati dan suka mendengar idea dan cadangan yang dikemukakan pihak lain. "Komitmen beliau dalam melibatkan komuniti adalah sangat membantu dalam memimpin NParks merintangi pelbagai cabaran dan mengatasi halangan selama bertahun-tahun".

Beliau meninggalkan seorang isteri, tiga orang anak dan dua orang cucu.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog