Jump to content

Wn/ms/Penularan wabak Legionnaires di Melbourne, rekod 33 kes dalam masa empat hari

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Penularan wabak Legionnaires di Melbourne, rekod 33 kes dalam masa empat hari

31 Julai 2024 (Rabu)

MELBOURNE - Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran wabak Legionnaires yang sedang menular di bandar Melbourne setelah ia merekodkan 33 kes berkaitan penyakit Legionnaires manakala 10 pesakit disyaki terkena jangkitan penyakit itu.

Bandar metropolitan Melbourne (2019)
Imej: Dietmar Rabich.

Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Victoria menyebut peningkatan drastik kes berkaitan penyakit itu bermula sejak Jumaat lalu. Kebanyakkan kes melibatkan golongan dewasa berumur lebih 40 tahun dan ia memerlukan rawatan rapi di hospital untuk jangkitan radang paru-paru yang lebih serius.

"Kesemua kes melibatkan pesakit pernah melawat atau tinggal di Melbourne. Golongan paling berisiko ialah golongan dewasa berumur 40 ke atas, lebih-lebih lagi mereka yang mengalami masalah kesihatan lain atau mempunyai imuniti yang rendah atau mereka yang merokok," kata Dr Clare Looker, Ketua Pegawai Kesihatan.

Penyakit Legionnaires merupakan salah satu daripada penyakit berkaitan paru-paru yang berpunca dari bakteria Legionella yang banyak didapati di persekitaran yang lembap dan berair seperti sungai dan tasik. Selain itu, bakteria itu juga senang didapati dari sistem yang menggunakan air seperti komponen penyejukan, pemanasan atau dalam takungan pasu bunga.

Tambah Dr Clare, jika seseorang terkena jangkitan itu, mereka akan mengalami simptom seperti demam panas, rasa seram sejuk, batuk, sakit kepala dan sengal otot. Simptom lain mungkin akan dialami seperti muntah, pening kepala, loya dan cirit-birit. Beberapa pesakit Legionnaires mungkin akan mengalami masalah kerosakan buah pinggang.

Ujarnya, orang awam yang mendiami, bekerja atau pernah melawat Melbourne dan kawasan sekitar serta mengalami gejala berkaitan penyakit Legionnaires untuk segera berjumpa doktor dengan kadar segera bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog